the fantasy of dreamland..journey..real life..

Thursday 12 April 2012

perkahwinan awal ashaari & scha




Menjelang majlis perkahwinan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, berikut merupakan sepuluh perkara menarik yang perlu anda ketahui.

1) Selepas berkahwin,  Awal mahu Scha pulang ke rumah sebelum jam 12.00 tengah malam.

2) Awal mahu Scha sentiasa tidur bersamanya walaupun sibuk atau berlaku krisis dalam rumahtangga. Dia percaya perkara itu penting setelah dinasihatkan oleh ibu dan kawan-kawan yang sudah berkahwin.

3) Scha mengharapkan Awal boleh menjaganya dengan baik sebagaimana dia menjaga keluarganya sendiri selepas berkahwin nanti.

4) Pasangan ini mendapat 10 penajaan untuk majlis pernikahan dan resepsi. Bio Essense & Nugeno Men antara penaja utama untuk kedua-dua majlis.

5) Astro adalah penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan ini. Selain menyiarkan majlis pernikahan secara langsung, Astro Ria akan menyiarkan empat episod pra-perkahwinan dan satu episod persandingan.

6) Awal nafikan dia mengejar publisiti, sebaliknya ingin berkongsi detik-detik bersejarah dia dan Scha bersama peminat yang banyak memberi sokongan.

7) Scha mementingkan hidangan yang ingin disajikan kepada tetamu. Dia mahu semua tetamu seronok dan puas hati dengan makanan.

8) Hanya ada satu majlis resepsi diadakan untuk kedua-dua belah pihak. Scha juga enggan melakukan sesi fotografi yang memerlukan dia menukar berpasang-pasang baju.

9) Scha mendedahkan andai dia tahu Awal hendak melamarnya secara rasmi di  program Propaganza pada Ahad lalu, pasti dia tidak akan menghadirkan diri.

10) Pasangan ini sepakat memilih warna putih sebagai warna tema majlis perkahwinan mereka. Ini kerana mereka mahu majlis perkahwinan mereka kelihatan suci.

copyright by the owner of this blog : hati iza

1 comment:

  1. wah interesting! memang hot kedua2 ni.. suka sgt pasangan ideal ni..

    ReplyDelete