the fantasy of dreamland..journey..real life..

Sunday 30 September 2012

Friday 28 September 2012

Invitation card

Alhamdulillah setelah penat mencari sana sini syarikat printing untuk printkan kad jemputan aku..

Finally jumpa juga 1 syarikat ni.. SBR BUMI STUDIO

Mulanya aku cari syarikat printing SBS tapi terjumpa SBR...belasah aje la

Sekali lagi rasa syukur sbb syarikat ni sudi terima tempahan aku yang jumlahnya sangat la sedikit..

Aku minta owner syarikat cetak kad jemputan aku dalam 80keping aje..

Kalau reader yang ada starikat printing baca mesti korang pn x nak ambik kan.. Sbb jumlah cetakan aku ni sikit..

Sekali lagi alhamdulillah sebab En. Shahril bin Roslan empunya syarikat ni sudi terima tempahan aku..

Yang buat aku bertambah tambah bersyukur sebabnya En. Shahril ni kenakan bayaran murah sangat..

1 keping kad = 0.60sen

"TERIMA KASIH EN. SHAHRIL atas kebaikan yang anda telah lakukan kepada saya.. Saya sangat menghargainya.."

Oh ya.. Syarikat En. Shahril ni juga ada menerima tempahan:

Banner
Banting
T-shirt
Name card
Bill book
Embroidery
Flyer
Cenderahati
Photograhpy
Video

Kalau korang berminat nak dapatkan khidmat beliau korang boleh call 017-4736960 / 019-4529857

Kalau nak terus berjumpa beliau :

No 153 tingkat atas
Pusat perniagaan putra
Kilang lama
09000 kulim kedah.

Harga yang sangat berpatutan

Ok bye bye




copyright by the owner of this blog : hati iza

Thursday 27 September 2012

2 big day

October is around the corner

Rasa lama lambat je masa ni berputar..

Actually october ni aku ada 2 agenda besar dalam hidup aku..

16.10.12 ni aku akan terlibat dengan majlis konvokesyen.. Baru tamat pengajian daaa.. Tamat pengajian dalam diploma mechanical engineering in automotive

Insyallah ada rezeki akan ku lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.. (actually hari tu dah dapat offer latter dari universiti p#&%-+@s dengan tajaan biasiswa utk program ijazah..tapi atas sbb yang x blh dielakkan aku terpaksa tolak tawaran terbabit)

Oh ya..back to the point

Lepas habis aje majlis konvokesyen tu nanti.. Seminggu lepas tu aku akan mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan aku..alhamdulillah juga lelaki restu keluarga pada 27.10.12

Wahhhh..baru konvo dah nak bertunang??

Dah puas enjoy ke cik adik?
Dah ready? X menyesal?
X nak sambung study ke?
X nak balas jasa mak ayab dulu ke?
Dll persoalan yang diajukan kepada aku..

Ok keputusan yang aku buat ni adalah kata akhir setelah sekian lama aku berfikir dan berbincang bersama keluarga dan pasangan aku

Jadi soal yang dibangkitkan tu.. Aku cuba fikir secara +ve..

Selagi kita hidup ni selagi tu la kita x kan kenal erti puas dlm mengejar keseronokkan kehidupan

Soal masa depan aku..melanjutkan pelajaran.. Kejar cita2.. Balas budi mak ayah.. Semua dah bincang dengan pasangan.. So insyallah dengan izin allah klw kita niat baik semuanya akan jadi baik..

Lagi 1.. Aku percaya dengan qada n qadar.. Allah dah aturkan perjalanan hidup aku mcm ni.. Jadi aku hanya perlu melakonkan watak yang telah diberikan mengikut skrip yang telah disusun rapi..

#dulu aku pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga hanya ketika usia aku menjangkau 27thn..tapi sebaik baik perancangan.. Allah lebih mengetahui apa yang akan berlaku..

Ok thats all.. Bye



copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 26 September 2012

Rahsia BESAR lagi AGUNG!!

Ok girls.. I wanna to share my big secret on

"how i make my original eyelash look super sexy and extra vogue without using fake eyelash"

Hahahahaa... Sorry la ye... Title mcm gempak gila je kan kan kan.. (^.^) #suka ati la blog aku#

Dah dah x nak merepek lama lama..

Ok kepada girls korang mesti suka kan tengok artis korea mata bulat sexy cantik vogue n what so ever...siapa x jeles beb tengok mata mcm 2..

Tapi ye la kan.. Manusia ni diciptakan lain2 bentuknya.. Apa pun kita patut bersyukur dgn apa yang kita ada..

Tapi lumrah perempuan ingin tampil cantik.. Aku pun mcm 2.. So boys korang jgn plak fikir gilrs ni x reti bersyukur..

Laaaaa aku merepek lagi..

Ok back to the point (kalau ada corner2 tu sorry)

Sebenarnya rahsia aku nak apply mascara ni aku guna 2 jenis mascara.. Mascara brush lurus & brush melengkung

Kenapa???

Sebab dua2 akan beri kesan yang berlainan bila kita guna

Oh ya.. 1 lagi aku akan double kan sapuan mascara aku jadi nampak makin vogue gituuuu

Make sure sapuan tu kena semua eyelash korang.. So its look perfect!!

Lagi 1.. Untuk upper eyelash aku akan sapu bahagian luar n dalam eyelash.. Untuk bahagian dalam upper eyelash aku akan guna brush jenis melengkung..

Ok thats all.. Bye






copyright by the owner of this blog : hati iza

Sunday 23 September 2012

GANGNAM STYLE

Aku bukan la peminat dunia K-POP ni..
Setakat kenal rupa artis korea ni boleh la sbb depa semua orang kulit putih mata sepet pakai lens untuk mata besar..

Tapi sorry setekat kenal rupa aje..kenal nama memang aku out la.. Bahasa plak? Mungkin aku kenal kot tapi kekadang bahasa jepun n korea aku rasa sama aje.. Keliru..

Ok ok intro dah habis..

Mesti korang taw kan lagu GANGNAM STYLE yang dikatakan lagu paling HOT dunia..

-.- sorry aku sangat ketinggalan..aku baru taw tadi.. Hahahahaha

Apa yea nama penyanyi GANGNAM STYLE tu??
Psy kot nama dia..

* erkkkk sorry kepada peminat penyanyi lagu GANGNAM STYLE..aku memang x tahu..

Oleh itu...sebab nak tahu punya pasal
Aku pun cari la dlm internet clip video lagu ni..

Well pendapat aku.. Aku rasa penyanyi 2 seorang yang kreatif sbb dia berjaya perkenalkan 1 lagi corak tarian dalam dunia seni tarian.. Sekurang kurangnya seni tarian x da la membosankan.. Asyik2 gaya tarian yang sama.. X berkembang.. Tahniah sebab berjaya mereka corak baru dlm seni tarian..

Mungkin aktivis keagamaan yang terbaca blog aku ni x sokong dengan pendapat aku yang naif ni..

Tapi masing masing ada pendapat masing2 kenapa mereka sokong dan kenapa mereka bangkang

Dah dah.. Bye bye

"OPPA GANGNAM STYLE"



copyright by the owner of this blog : hati iza

Allah knows

Hari nie aku nak cerita pasal cerita malam semalam.. *sebenarnya nak post semalam tp semalam aku sibuk

Well malam semalam.. Dari jauh aku ternampak la kelibat sorang mamat ni.. Fyi mamat ni actually ex boyfriend aku yang keeeee berapa entah.. Lupa..

Its ok la..yang ke berapa pn aku x kesah la.. Bkn itu pokok pangkal cerita aku nie..

Aku nampak kelibat mamat tu pn x lama.. Kejap aje sbb waktu tu pon aku tengah rushing nk selesaikan kerja aku..

Cuma di ketika nie.. Bila aku fikirkan balik.. Ye aku sungguh bersyukur dengan kehendak takdir yang telah mengaturkan setiap pekara yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Apa yang aku cuba sampaikan di sini... Ye la setiap perpisahan pasti ada hikmahnya.. Mcm sekarang.. Bila aku fikir fikir balik.. Tuhan dah tentukan siapa lelaki yang terbaik untuk aku.. Mungkin mamat tu bukan yang terbaik untuk aku.. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk mamat tu..

Jadi semua tu ketentuan qada n qadar..

Motif aku cerita nie???

Girls out there.. Kalau korang dengan pakwe korang putus hubungan.. Tolong jangan menangis sampai bengkak mata2 tu.. Tolong jangan salahkan sesiapa.. Tolong jangan meratapi perpisahan ni.. Tolong jangan meroyan.. Sebab percaya allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

Aku berani cakap sbb aku dah pernah lalui.. Siapa sangka lelaki yang aku x pernah suka tu la yang kini akan bergelar yang halal untuk aku

...Tips dari aku kalau putus cinta...
- ambik wuduk..buat ibadat (solat..zikir..baca quran..)

Sbb dalam solat itu kita akan jumpa cahaya ketenangan.. So x ada la nak meroyan mcm orang gila

- tidur..sbb lepas bangun dari tidur fikirkan aku akan rasa segar

- buat sesuatu yang buat kita leka..

Kalau aku.. Aku akan memilih untuk keluar pergi menghirup udara segar di tepi pantai..waktu ni la aku bran wash diri aku sendiri..

- luahkan dekat rakan..

Aku suka luah kn dekat kawan2 lelaki aku.. Sbb depa akan nasihat sambil buat aku ketawa mcm hantu..so x sempat la nak nangis..



copyright by the owner of this blog : hati iza

Saturday 22 September 2012

The story

Selamat petang blogger..kepada yang muslim korang dah bayar "hutang" korang dengan allah ke belum? kalau belum..cepat2 p bentang sejadah.. Kepada yang dah bayar hutang.. alhamdulillah ^_^

ok seperti hari hari biasa.. Aku bangun pagi sarapan tengok tv kemudian mandi dan bergegas pergi kerja.. Saban hari itu la rutin harian aku waktu pagi..

TAPI

3 4 hari ni ada 1 penambahan rutin hidup aku pepagi ni yang buat aku tersenyum bila buka mata..

ermmm apa??
pagi2 aku dah dapat text dari bakal tunang aku

"salam abang nak pi kerja ni..i love you"

percaya x aku cakap..hanya 1 text aku terima pagi2 dari bakal tunang aku ni dah mampu buat aku tersenyum dan mampu buat hidup aku ceria dan bertambah semangat..

emosi aku plak jangan tanya la.. seperti sedang menikmati hembusan angin pagi ditambah dengan pemandangan embun pagi dibawah rimbunan pohon besar yang menghijau

segarrrr gituuu...ewahhhhhh melampaunya aku nie..

hahahaha

Hah!! ingat x last post aku ari 2 ada aku cakap perihal bakal tunang aku tu kan..

Alhamdulillah ada la nampak perubahan..tapi opsss masih awal lagi nak menilai

ok la nanti aku cerita lagi ok..

bye bye



copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 19 September 2012

Stress?? no more

selamat pagi semua.. Setelah lama diri ni dirundum segala perasaan yang menganggu ketenteraman jiwa..akhirnya pagi ni aku kembali bangkit menjalani hari hari hidup ku dengan semangat baru..

ewahhh melampau lampau plak aku tokok tambah cerita..padahal masalah bkn besar mana pn.. kes berpjnca dari bakal tunang aku ni hah yang sibuk kerja sampai abaikan aku jerw sebulan dua ni.. Huhuhu

yang menjadi masalahnya.. Yang dia pn time time majlis pertunangan kami makin hampir la dia nak sibuk.. Mengalahkan PM

sudahnya..persiapan pertunangan kami aku yang kena urus semua.. dari beli hantaran aku..hantaran belah dia..kenduri..pelamin..kad jemputan..tempah itu tempah ini... ewahhh kalah org nak kawin gayanya..

(oh ya..fyi bakal.mertua aku pn x berapa arif soal hantaran belah lelaki..so MIK minta tolong aku uruskan)

so disini la timbulnya ganguan emosi apabila bakal tunang aku buat x taw n x ambik peduli soal pertunangan kami.. yang dia taw dia sibuk dgn kerja.. Allah saja yang taw bertapa tergangu nya emosi aku seminggu dua ni..

alhamdulillah setelah aku brain wash bakal tunang aku tu.. ok semalam dah nampak sedikit perubahan..dah mula beri perhatian pada aku walaupun dlm dia kesibukan kerja.. tapi opsss!!! jgn terlalu awal menilai.. tunggu 2 3 minggu akan datang.. We will see

wahai lelaki diluar sana.. Amat bagus kalau korang ni seorang yang bekerja keras..tapi dalam kesibukan korang kerja tu..jangan la abaikan wanita yang bertahta di hati korang tu.. kesian taw nanti pasangan korang jadi mcm aku.. Tekanan perasaan je memanjang..

Memang diciptakan wanita itu untuk mendapat perhatian..bukan pengabaian!!!

ok dah panjang panjang cerita.. ni nak tunjuk muka aku yang cun melecun ni.. maklum la emosi dah stabil.. Mood dah ok.. so muka pn ada cantikkkk..hahahaha

(bagi la chann aku nak perah santan jap..wink wink wink)



copyright by the owner of this blog : hati iza