the fantasy of dreamland..journey..real life..

Thursday 26 April 2012

Si gemuk



siapa kata orang gemuk ni useless??
.
.
.
tengok video ni
si gemuk yang sangat berbakat besar 
.
.
.
.

korang ada?


****************

manusia ni semua sama saja
jadi kita jangan la buruk perangai
duk mengata kalau ada kawan kita gemuk tu

x baik mengaibkan insan lain


******************

orang yang suka hina @ aibkan rupa paras orang lain
ni sebab diaorang rasa diaorg tu cantik sangat

kita di mata tuhan ni sama je
cantik ke..buruk ke..kurus ke.. gemuk ke..
supermodel ke..ahli ulamak ke.. 

kau buat dosa tetap dosa



*******************


h.i buat entry ni sebab 
kagum dengan budak dalam video tu


*addtion, ada juga la sebilangan kawan2 h.i ni 
yang mulut macam longkang
mengata orang tu lebih kepada
 mengaibkan orang



saya pun x seberapa juga : hati iza


copyright by the owner of this blog : hati iza

Awas!! Tuala Wanita : Anda Dalam Bahaya

salam folks
entry kali nie h.i nak focuskan kepada 
blogger walking wanita

kenapa??
.
.
.
nak cerita pasal hal orang pompuan la
hehehe ^_^


entry sebelum ni h.i cerita pasal selaput dara kan
ok kali ni h.i nak kongsi maklumat tentang 
pengjagaan fajar plak

bagi h.i (mungkin ada yang sependapat) apa yang penting untuk 
pengjagaan fajar wanita ni dinilai daripada aspek 
pemilihan produk pengjagaannya 

kekadang kita pakai pad ni x sesuai..pad tux sesuai
*pad = tuala wanita

kesannya???
boleh buat berlaku keradangan pada 
sekitar alat sulit

betul x?

nak taw kenapa??
.
.
.
ni hah..
pad yang dijual di pasaran dibuat daripada menda ni 



KESANNYA??!!
.
.
.

ishhh h.i x mau la jadi mcm ni.. 
sure yang membaca ni pn x nak jadi mcm ni kan




*mencegah lebih baik daripada mengubati


sebelum terlambat..kita x tahu nasib kita akan datang mcm mana
jadi h.i nak cadangakan product pad ni


atas kesedaran..
h.i pun nak gunakan pad ni
(tunggu stock pad yang duk ada la ni habis..nak buang rugi..hehehe)

fyi..mak h.i dah pun guna pad ni
h.i je yang baru timbul kesedaran hukhukhuk

*ok la tu daripada x sedar sedar lagi kan ^_^


kenapa ramai memilih ni?





jadi tunggu apa lagi
jom sama - sama kita mengamalkan gaya hidup sihat


kalau korang rasa masih ragu - ragu ...korang boleh tanya terus 
kepada pengedar product ni nur izwaniza binti izham

ok selamat mencuba


jom cuba sama - sama saya : hati iza



***************

produk pad mcm ni bukan satu jenis je yang ada

ye la mcm h.i cakap tadi..
kekadang ada yang sesuai dan ada yang x sesuai 
dengan struktur kulit sekitar alat sulit kita
jadi 

jadilah pengguna bijak dalam membeli









copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 25 April 2012

Selaput Dara



hai semua
hari ni h.i baca something yang menarik dekat majalah 
*yang pasti bukan majalah keluaran terkini
cerita pasal selaput dara wanita

mungkin ramai yang x tahu tentang selaput dara ni kan
mungkin ada juga yang tahu


yang tahu tu..ok la ^_^
kepada yang x tahu ni..jangan kolot kan diri anda

wajib baca ni
terutama kaum lelaki

*lepas ni jangan jadi kolot permikiran tu ye..



********************





APA ITU SELAPUT DARA??


Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.






ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.



APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?



Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.



APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.






APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?



Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.


copyright by the owner of this blog : hati iza

Thursday 19 April 2012

my lecture is very no idea

mesti pelik kan dengan title entry h.i tu

ok ceritanya begini sebenarnya
*last week punya cerita..
hi hi hi 

hari tu.. after h.i habis je lalui hari keramat  h.i tu
lecture h.i suruh h.i n group member serta sebuah lagi group 
datang jumpa dia after kitaorang habis kuliah

nak jadikan cerita 
after habis je kuliah...group h.i n 1 lagi group pun
pergi la jumpa lecture tersebut dekat bengkel automotif

sampai je dekat bengkel automotif 
kitaorang semua terus jumpa lecture tersebut

kemudian lecture tersebut tu cakap 
"tunggu jap..sebenarnya bukan saya yang nak jumpa kamu semua
En. I@$^& yang nak jumpa kamu..kamu tunggu jap lagi En I@$^& datang"

ok
kitaorang pun tunggu la
.
.
.
1 minit waiting
.
.
.
5 minit waiting
.
.
.
10 minit waiting
.
.
.
30 minit waiting
.
.
.
1 hour waiting
.
.
.
fuhhhh lama betul menunggu lecture terbabit

&

sesampainya lecture terbabit
beliau tanya kitaorang

"saya panggil awak semua ni nk tanya, korang ada ambik roda creeper ni x?"

kitaorang pun cakap lerw 
" x da pun en.. kitaorang x pernah guna pun creeper ni"

lecture tu pun cakap 
" ok kalau macam tu x pe la..saya nak tny itu aje"

.
.
.
????

kitaorang semua terpinga pinga

*eh itu je ke yang dia nak tny?? =.=???

************

yang nak angin nya..
kitaorang dah la penat - penat berjalan jauh 
dari bilik kuliah nak ke bengkel tu

banyangkan kitaorang berjalan sampai singgah 2 check point 
untuk merehatkan diri dari panas terik tengah hari

alih alih itu aje yang nak ditanya

check point 1

check point 2


alahai lecture ku : hati iza


copyright by the owner of this blog : hati iza

kepah masak pedas

alhamdulillah baru lepas memasak
masak apa?
menu untuk tengah hari ni h.i masak 
.
.
siput masak pedas

*some say siput masak lada..
tapi h.i x letak lada pn..so h.i namakan 
siput masak pedas

tadi kawan h.i chinta rzyira suruh share sikit
so terlintas nak share resipi masakan ni

ok ok ok...x mau cakap manyak
jom jom kita catit resipi ni


****************


bahan - bahan 

1kg kepah - bersihkan
2cm belacan - tumbuk
5 - 6 biji bawang merah - tumbuk
2 - 3 biji bawang putih tumbuk
3 - 4 sudu besar cili kering dimesin/ cili boh
2 - 3 sudu besar sos tiram
1 - 2 sudu sos cili
7 -8 biji cili padi - diketuk
2 tangkai serai - diketuk
daun kunyit - hiris tebal
bancuhan tepung jagung
minyak masak nak menumis
garam gula secukup rasa
serbuk secukup rasa knorr 


*****************

cara penyediaan

1. tumis serai, cili padi, bahan tumbuk & cili boh hingga wangi dan naik minyak kemudian
masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula serta sedikit secukup rasa knor. Masuk kan juga sedikit air bahan tumbuk

2. masukkan kepah. bila cengkerang siput dah terbuka dan keluarkan air. Masukkan bancuhan 
tepung jagung untuk pekatkan kuah and akhir sekali masuk hirisan daun kunyit


****************

ok mudahkan
selamat mencuba


grrrr lapar : hati iza

*a.k kalau taw ni mesti dia jeles.. dari dulu mengadu nak rasa masakan h.i 
tapi sampai sekarang x da peluang

**yunk kalau kasi u rasa sekarang..nanti kawen dah x jadi istimewa la
tapi insyallah kalau ada rezeki iza masak kan untuk abang

love u ^_^


copyright by the owner of this blog : hati iza

Anugerah Allah

x jemu - jemu h.i tengok newborn abang ben ashaari
dari jauh h.i doakan semoga baby abg ben & wife cepat sembuh dari kuning

tiap hari mesti tengok baby comel tu then terlintas nak cari artikel pasal 
'anak anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai'

h.i nak kongsikan artikel yang h.i cari dalam sumber yang sahih
dengan semua ibu..ayah..mummy daddy.. mak abah.. dan sama waktu denganya

*artikel ini juga h.i tujukan kepada semua yang bergelar anak
untuk kita lebih menghargai kedua ibu bapa kita sebab tanpa mereka sure kita x de



***************



1- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah. Orang yang menangis kerana takut Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 


*****

2- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 tahun. 

*****

3- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

*****

4- Barangsiapa keluar Ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak. 

*****

5- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam syurga. 

*****

6- Barangsiapa direzekikan dengan anak, wajiblah baginya mengajar anak itu adab dan akhlak semoga dia mendapat kemewahan rezeki dan syafaat (pertolongan) anak-anaknya. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu dengan ilmu dan adab, pahala anak itu turut diperolehinya. 

*****

7- Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

*****

8- Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang jika telah berumur 10 tahun. Pisahkan anak-anak lelaki dari anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka. 

*****

9- Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun maka kahwinkanlah dia.


syukur alhamdulillah : hati iza

copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 18 April 2012

Perang Zarina Anjoulie dengan Lufya



tengah search n search tadi h.i jumpa la gosip baru ni
.
.
.
.
terbaru artis yang glamour dengan publisiti murahan n kontroversi panas 
Zarina Anjoulie dah umunkan perang dengan Lufya

si zarina ni buat kenyataan dalam laman tweet dia..



Zarina Anjoulie turut membuat kenyataan berbentuk kutukan terhadap Lufya.

untuk lebih lanjut sila ke ----> oh bulan


sharing : hati iza

copyright by the owner of this blog : hati iza

Jamuan kelas

hai u all
kali nie h.i nak kongsi cerita 
tapi cerita ni dah lama
cuma baru hari ni ada masa nak update
banyak betul pekara indah yang dah terlepas nak dikongsi

hari tu...ermmm x ingat la bila..dalam 2 minggu lepas
grrrr 
(cerita 2 minggu lepas pn nak cerita..)
eh suka ati la ^_^
.
.
.
ok ok back to the topic
on that day, kawan - kawan kelas dah adakan jamuan makan 

ermmmmm
kitaorang buat jamuan biasa - biasa je
lecture yang dijemput pun x ramai...sorang aje 

lecture yang dijemput tu namanya 
cik nabila..bujang lagi..

hik hik ^_^

x jemput ramai - ramai
lagipun jamuan tu diadakan dekat rumah bujang
*actually dekat salah sebuah rumah kawan kelas jugak

so 
nak jemput semua lecture yang mengajar kitaorang memang x upaya la
sebab most lecture yang mengajar kitaorang semua dah ber'family' 
jadi macam x sesuai la kalau nak ajak pn

kitaorang jemput cik nabila aje
sebab 'she very cool'
dia lecture paling cool yang saya pernah jumpa

*dah la cool...sweet..n pretty taw..
sampai ada student yang x segan silu ajak cik nabila 
jadi couple diaorang...grrrr


***************

menu makanan masa jamuan tu plak
kitaorang buat sendiri

hahahaha
cuba teka siapa tukang masaknya??
.
.
.
.
.
hati iza (me)
(erkkk...nasib kawan kelas x mati keracunan)

nasib ada pembantu setia
her name is Fathen

thanks fathen


****************


sangat enjoy masa tu
h.i ada snap pic untuk kenangan 
tapi x banyak

jom tengok jom
.
.
.




*handphone murah..tu gambaq jadi lagu ni
hehehehe


note : thanks guy..


happy : hati iza


copyright by the owner of this blog : hati iza

solat tiang agama


hai folks
h.i nak kongsi bersama - sama dengan korang 

'macam mana nak cemerlang dalam solat'

h.i cari artikel ni sebenarnya lebih kepada rujukan h.i sendiri
maklumlah diri ni masih x sempurna solatnya
jadi bila dah jumpa artikel ni
h.i rasa better h.i kongsikan dengan BW yang sudi singgah blog ni


so jom kita membaca 
.
.
.
.



1. Sematkan azam, bulatkan tekad

Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
 
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
 Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
 
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
 Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan


Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif

Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani

Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
 
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat


 Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.


nota pesanan :


Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan korang ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.



******************************

h.i ni terdiri daripada golongan liat juga

*dalam proses nak kukuhkan tiang agama...doakan moga usaha h.i berjaya
amin

setidak-tidaknya h.i tau orang tua dah laksanakan tanggungjawab mereka

renung-renungkan dan selamat beramal 

grrrrr

dalam usaha : hati iza


copyright by the owner of this blog : hati iza

bulu ketiak?? kini tidak lagi



hai buddies
h.i ada something nak share dengan semua yang sudi BW di blog h.i

ok ok ok
sebelum ni kita tengok banyak kan produk pencukur bulu badan ni

ok tips ni h.i ambik dalam majalah kecantikan
iaitu cara untuk hilangkan bulu ketiak 
(bulu di bawah lengan korang)


kalau sebelum ni pakai Veed pn still bulu ketiak naik kan
so apa kata guna cara ni

mudah..jimat..murah..selamat


******************


tips menghilangkan bulu ketiak :

Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih 
dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. 
Kemudian bilas semula dengan air bersih. 
Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. 

Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh 
anak perempuan dan lelaki yang masih belum
tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

jom kita cuba : hati iza



copyright by the owner of this blog : hati iza

Tuesday 17 April 2012

kebaikan suami disisi isteri ketika bersalin



hai folks
tadi terbaca satu artikel 
tentang suami dan isteri mengandung

kalau kita tengok...zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Ermmmm h.i pn nak gak la suami h.i *future husband ada di saat saat getir macam ni.. sebab banyak kebaikannya taw... jom kita baca lagi dekat bawah ni 


Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri

Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

copyright by the owner of this blog : hati iza

gambar ngeri lelaki berkhatam

hai blogger
tadi h.i search dkt google image
kemudia tiba - tiba jumpa pic bagaimana lelaki berkhatam
makkk oit...ngeri sesangat.. takut h.i tengok

*x taw la ini cara betul berkahatam atau tak

tapi ngeri

mungkin sebab ni 1st time h.i tengok kot

h.i x letak pic sebab karang ada pihak fikir n pandang h.i ni dari -ve side 
so h.i letak link korang boleh click n tengok sendiri


**mungkin ini juga pelajaran untuk h.i for the future supaya
 nanti anak h.i nak berkhatam 
x la h.i takut plak

grrrrr


nak share tapi malu : hati iza

copyright by the owner of this blog : hati iza

Sunday 15 April 2012

fishing girl

siapa suka memancing??
saya!!

ye h.i memang suka sangat memancing
hari tu h.i luangkan masa dengan a.k pergi memancing sesama
sangat sangat teruja 

yang pasti ini bukan tangan saya
hi hi hi


look i got fish ^_^


walaupun hakikatnya

h.i x reti..takut..n geli nak letak umpan dekat mata kail

h.i takut nak sentuh ikan yang masih hidup 

dan 

takut nak angkat ikan yang masih tercangkuk di mata kail

tapi 

still nak memancing..

a.k (my beloved) yang menjadi mangsa untuk buat kerja2 yang h.i takut 2
hehehe


go girl!! go fishing!! : hati iza ^_^




copyright by the owner of this blog : hati iza

Saturday 14 April 2012

bila hati iza mengidam grrrr

hai penduduk blogger 
terima kasih sudi blog walking di sini

kali nie nak share something
last week punya peristiwa *baru ari ni sempat share

heheheh

ok ok last week saya teringin nak makan 
"kacang buncis goreng telur"

yummy yummy

teringin punya pasal finally dapat juga buat
dah buat 2 alamakkk terlebih la plak

membazir tu amalan syaitan

so h.i sedekahkan sikit makanan h.i masak 
dengan kawan - kawan h.i

apa?? nak resipi?



copyright by the owner of this blog : hati iza

kacang buncis goreng telur


         

1 ikat kacang panjang
·         2 biji telur (jika saiz kecil)
·         3 ulas bawang putih- dihiris nipis
·         1 biji cili merah - dihiris
·         garam secukup rasa
·         sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
1.    Cuci kacang panjang dan toskan. Kemudian hiris ikut kegemaran masing - masing.
2.    Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
3.    Masukkan kacang panjang yang telah dipotong tadi dan masukkan sedikit air. Goreng sekejap hingga ia berubah warna.
4.    Masukkan sedikit serbuk kunyit. Kacau lagi. Kemudian pecahkan telur. Biarkan sekejap hingga telur agak beku then baru kacau. (Saya buat begini bagi mengelakkan bau hanyir telur dan sayur kelihatan cantik)
5.    Tambah garam dan kacau biar rata. Siap dihidang dengan nasi panas.

copyright by the owner of this blog : hati iza