the fantasy of dreamland..journey..real life..

Thursday 29 March 2012

gambar PANAS Julia Perez


tadi tengah jalan - jalan dekat google...tiba - tiba jumpa gambar - gambar nie
Julia Perez atau mesra dipanggil Jupe telah membuat persembahan didalam sebuah trak yang berlapiskan kaca atau boleh dipanggil ‘akuarium manusia’.
*ingat ke ikan je ada akuarium hehehe ^_^ 

Fyi Jupe memang suka berpakaian seksi, so pasti la kalau dia x buat akaurium ni pasti akan ada peminat yang cuba mengambil kesempatan kan. Jadi dengan membuat persembahan didalam ‘akuarium’, peminat boleh rapat namun tidak dapat menyentuh Jupe.

jom kita tengok gambar hangat artis ni







copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 28 March 2012

Awal Ashaari letak syarat perkahwinan kepada Scha





Akhirnya pasangan Awal Ashaari dan Scha al Yahya memilih 4 Mei 2012di di Hotel Pullman, Putrajaya sebagai tarikh keramat untuk bergelar suami isteri seperti yang diumumkan baru-baru ini. Tapi terdapat syarat yang Awal kemukan kepada Scha setelah bergelar isteri. Mengikut sumber mStar, Awal mengenakan syarat selepas kahwin kepada Scha seperti :


-menjaga nama baik suami/keluarga mertua,
-dilarang memeluk lelaki ketika adegan berlakon,
-selaku suami isteri, kenala tidur bersama walau apa jua keadaan.
-scha kena pulang rumah sebelum jam 12 malam



Syarat ini seperti syarat standart seorang suami kepada isteri kan. tiada apa yang luar biasa dengan syarat ini. hehe. Scha dengan komennya pula.


"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya,"

copyright by the owner of this blog : hati iza

Zaiton Sameon kembali



SELEPAS terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 19 tahun, pada 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor, penyanyi popular lagu Menaruh Harapan Zaiton Sameon mula hilang punca pendapatan.
Vokal penyanyi yang kini berusia 55 tahun itu dikatakan tidak lagi hebat selepas terlibat dalam kemalangan.
Malah, ada pihak dikatakan telah menutup pintu rezeki penyanyi itu dengan mengatakan Zaiton atau lebih mesra dipanggil Kak Eton tidak lagi waras untuk menyanyi.
Kesan daripada itu, dia tidak lagi dipanggil untuk menyanyi di mana-mana persembahan nyanyian. Jika adapun Zaiton sekadar menyanyi untuk majlis-majlis perkahwinan sehingga kini.
“Saya terpaksa buang rasa malu menyanyi di majlis-majlis orang kahwin demi menampung kehidupan saya. Itupun jarang-jarang dipanggil dan saya cuma dibayar sekitar RM100 ke RM200 sahaja.
“Memang sejak terlibat dengan kemalangan saya tidak lagi mendapat kepercayaan pihak penganjur untuk menyanyi,” ujarnya dalam kesedihan kepada pihak media ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon di Hotel Adamson, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Peluang yang diberikan oleh pihak Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk Zaiton mengadakan konsert pertamanya selepas 22 tahun terlibat dalam kemalangan yang bakal berlangsung pada 7 April ini di Dataran Sungai Kerang, Pantai Remis, Perak. Ia akan menjadi bukti Zaiton kepada peminat-peminatnya dan masyarakat bahawa vokalnya masih hebat dan dia masih waras untuk menyanyi.
“Saya sangat teruja untuk menyanyi semula. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak buat persatuan Karyawan yang memberi peluang kepada saya untuk mengadakan konsert amal tabung kebajikan Zaiton Sameon,” tuturnya yang akan membawakan 10 buah lagu termasuk Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar, Black Magic Women, My Way, Perigi Biru dan Siti Payung.
Sementara itu, menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, Karyawan terpanggil untuk membela nasib Zaiton bukan kerana untuk mengaut publisiti sebaliknya sekadar membantunya memperoleh pendapatan daripada sumbangan orang ramai.
“Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon itu diadakan secara percuma kepada orang ramai dan mereka boleh memberi sumbangan atau derma kepada Zaiton menerusi tabung yang disediakan.
“Bukan tujuan Karyawan untuk mengadakan konsert amal ini untuk mengaut publisiti tetapi ia adalah tugas dan tanggungjawab sebuah persatuan untuk membela nasib golongan artis di Malaysia,” ujarnya.
Jelas Freddie lagi, idea asal untuk mengadakan konsert ini adalah daripada ahli aktif Karyawan sendiri iaitu Azmi Zahari yang merupakan satu ikhtiar alternatif bagi membantu para ahli Karyawan yang kurang bernasib baik seperti Zaiton.
Kehadiran orang ramai pada konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam itu nanti sangat digalakkan kerana inilah masanya mereka dapat melihat Zaiton kembali menyanyi secara langsung selepas terlibat dalam kemalangan.
Tambah Freddie, selain Zaiton terdapat artis lain juga membuat persembahan seperti Ali Terrarosa, Baggio Damasutra dan Farhana Jalil.
Dalam pada itu, Azmi memberitahu, selain Pantai Remis, Perak, konsert berterusan buat Zaiton akan turut diadakan di beberapa buah negeri terpilih seperti Dataran Raub Pahang; Tanjung Karang, Selangor; Rembau, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun tarikh dan lokasi tetap konsert-konsert tersebut belum lagi ditetapkan.
Kepada peminat-peminat Zaiton dan orang ramai yang ingin membantu Zaiton boleh hubungi Azmi 012-2280479) atau Ahmad (014-7176276).

copyright by the owner of this blog : hati iza

smart phone gadget

tadi saya search web
cari gadget baru @ accessories baru untuk smart phone saya
gedget ni khas untuk pengguna smart phone & tablet

price : RM100 above
keluaran : jepun

nak cari.. boleh cari dekat  low wat 

^_^ 
untuk student malas nak salin nota mcm saya
sangat sesuai
boleh simpan dalam phone

mudah..boleh study di mana - mana saya bila terasa nak belajar
dalam tandas, tgh makan, tgh dating, sebelum tidur
semua boleh

huahuahua ^_^






copyright by the owner of this blog : hati iza

Pendakap gigi

BAHAYA MEMAKAI PENDAKAP GIGI!!




copyright by the owner of this blog : hati iza

lisa surihani - ratu laman sosial




Siapa tak kenal Lisa Surihani antara artis paling terkenal di Malaysia juga Ratu Sosial Media Malaysia. Lisa Surihani adalah duta MSMW2012 antara pengguna Facebook yang awal sejak 2008 mempunyai follower fanpage kedua paling ramai di Malayais melebih daripada 1.9 juta selepas upin & ipin. Follower twitter Lisa Surihani juga melebihi 540k tetapi tidak tersenarai dalam Top 100 Twitaholic Malaysia mungkin kerana beliau tak set negara kepada Malaysia.
Apa yang kita boleh belajar daripada Lisa Surihani ialah tidak menggunakan promosi murahan untuk melonjakan nama beliau dalam industri seni Malaysia walaupun mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial media malah menunjukkan bakat seni yang berkualiti dalam setiap drama filem yang dibintangi. Antara filem yang paling ngetop dibintangi oleh beliau adalah Ombak Rindu.
Dalam dunia Sosial Media Malaysia yang semakin pesat berkembang ramai pengguna menganggap dunia bebas tanpa batas dan bebas bersuara apa sahaja yang hendak disuarakan sehingga lupa bahawa setiap negara ada undang-undangnya. Hampir semua pembentang kertas kerja di MSMW2012 daripada berbagai negara mengatakan bahawa di negara mana pun di dunia tiada kebebasan 100%. Kita mesti bertanggungjawab dengan setiap apa yang kita tulis di wall Facebook dan yang di tweet di Twitter sebab setiap informasi ini akan pergi viral menjelajahi dunia siber tanpa batasnya.
Mungkin anda boleh buat Facebook Kelab MurtadFacebook Kelab Gay,Menyebarkan Hadith Palsu, Mencari Pelanggan untuk Melacur diri dan sebagainya siapa yang kisah tetapi akhirnya kalau ianya boleh mengugat keamanan sebuah negara pasti tindakan akan di ambil oleh Pihak Berkuasa. Mungkin aku agak ketinggalan tetapi bagi aku tiada agama dalam dunia yang memberi kebebasan 100% pada pengikutnya. Dalam Islam ada hukum dan tertib yang mesti dipatuhi untuk mendapat ganjaran tanpa batas Syurga abadi kerana dunia ini hanya tempat persinggahan yang sangat sebentar.
Sosial Media ini ibarat pisau kalau digunakan dengan baik maka hasilnya baik sebagaiman Lisa Surihani menggunakan Sosial Medianya untuk berinteraksi dengan peminat beliau bukan menyebarkan gosip liar.

copyright by the owner of this blog : hati iza

kakitangan Kinik buat seks oral dengan pesakit


PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.


Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.



Sebaik tiba gilirannya,mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.



Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.


Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.


Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.



Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


kredit : Sinarharian.com.my


copyright by the owner of this blog : hati iza

Friday 9 March 2012

Hero OMBAK RINDU kena serbu!





JIKA sudah ada nama seperti Aaron Aziz atau Tasha Shilla, pergi mana pun peminat tetap menanti untuk melihat artis kesayangan mereka dari dekat.
Ini adalah antara senario disaksikan sewaktu siri kedua Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) berlangsung selama dua hari di Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang, minggu lalu. 
Kehadiran artis finalis ABPBH25 ini menarik lebih 8,000 pengunjung, bahkan mencatat sejarah tersendiri apabila artis bukan Melayu, Ang Hui San, 20, menjuarai pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH).

Penyanyi wanita ini menyampaikan lagu popular Agnes Monica bertajuk Matahariku untuk mengatasi sembilan peserta lain menyertai pertandingan terbabit dan membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, sijil penyertaan dan barang kemas tajaan Rafflesia bernilai RM5,000.



Apa yang pasti, peminat tidak henti-henti merakam gambar kenangan ramai artis ‘top’ tanah air. Selain itu, acara di Berjaya Megamall ini disertai ramai artis lain seperti Fauzi Nawawi, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Adi Putra, Scha Alyahya dan ramai lagi.


Bertema 1Malaysia, pelbagai acara menarik disusun seperti meniru gaya lakonan dan menari bersama artis diserikan dengan gelagat lucu tiga pengacara iaitu Along Raja Lawak bersama dua penyampai HotFm, Faizal Ismail (FBI) dan AG.

Bukan itu saja, kehadiran pengacara nombor satu, Aznil Nawawi membuatkan
suasana riuh-rendah dengan pelbagai gelagat spontan dan pemberian hadiah kepada peminat bertuah.

Kehadiran pelakon Ombak Rindu, Aaron bersama Tasha serta Bintang Popular ABPBH2010, kini hangat membintangi filem Adnan Sempit 2, Shaheizy Sam dan Yana Shamsuddin mencetuskan suasana paling hangat hinggakan pengunjung membanjiri setiap tingkat pusat beli-belah terbabit.

Selain itu, jelajah Kuantan turut diserikan dengan acara persembahan nyanyian artis popular baru seperti Awi Rafael yang melonjak dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta dan Pulanglah.

Dengan gaya ‘low-profile’, Aizat tidak ketinggalan menceriakan peminat bermain gitar membawa lagu Jerrypah. Kelibat Black membawa lagu Sofia Jane menyebabkan peminat menyanyi sama.

Dengan menampilkan tarian ‘freestyle’ 1Malaysia, Fauzi dan Diana membuat peminat meniru lenggok mereka sementara pengunjung tidak melepaskan kesempatan bersalaman dan bergambar bersama Adi Putra dan Scha Alyahya.

Dengan penampilan kasual, Fizz dan Izara Aisyah menghiburkan peminat dengan segmen ‘menyapu’ syampu rambut Lux sebelum kumpulan remaja meningkat naik, Forteen menyemarakkan suasana dengan lagu mereka berjudul Berdua Bersatu.

Beberapa finalis artis solo dan berkumpulan finalis tidak ketinggalan menghiburkan peminat dengan lagu popular masing-masing.

Penyanyi tinggi lampai, Shila Amzah menyanyikan lagu baru, Patah Seribu dan lagu cover Adele bertajuk Set Fire To The Rain.

Tampil dengan vokalis kolaborasi bersama Shah AF, kumpulan Meet Uncle Hussain menyampaikan tiga lagu bertajuk Dramaking, Lagu Untukmu dan Pokok.

Fauzi yang berada dalam Top 5 Pelakon TV Popular Lelaki berkata, dia berasa bertuah berada dalam jelajah ABPBH tahun ini.

“Biasanya lebih banyak mengikuti jelajah filem. Sambutan diberikan peminat di Kuantan sangat menggalakkan.

“Peluang seperti ini jarang didapati dan menjadi kesempatan terbaik bertemu peminat yang biasa menyaksikan lakonan kami di televisyen saja. Apapun, saya berterima kasih kepada semua peminat kerana memberi sokongan padu dengan bersusah-payah datang di sini,” katanya.

Scha yang kini dalam tahun ketiga dalam finalis ABPBH berkata: “Saya cuba kembali berlakon dengan konsisten tahun ini. Ini kerana ibu kurang sihat sekarang semakin pulih dan saya fokus terhadap lakonan drama dan filem sepanjang tahun ini,” katanya yang tersenarai sebagai finalis Pelakon TV Wanita Popular.

Aaron yang jelas menjadi tarikan utama pada acara ini berkata:”Saya cuba memberikan apa yang terbaik kerana peminat meletak harapan tinggi. Apa saya pentingkan adalah lakonan mantap diterima dengan baik dan menggembirakan penonton,” katanya.

Jelajah ABPBH ketiga akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka pada 10 dan 11 Mac ini.



copyright by the owner of this blog : hati iza

wanita 19 tahun mempunyai 94 anak!!






LONDON: Gara-gara ditakdirkan tidak mampu hamil dan melahirkan anak, seorang remaja menghabiskan wang sehingga RM100,000 bagi membeli anak patung sebagai koleksinya.
Menderita penyakit sindrom ovari polycystic (PCOS), Vikki Andrews, 19, mula membeli anak patung tiga tahun lalu.

Media semalam melaporkan, Vikki disahkan doktor menghidap PCOS selepas dia menjalani pemeriksaan ketika dia berusia 16 tahun.


Tindakannya mengumpul pelbagai jenis dan bentuk anak patung menyebabkan bilik tidurnya kini dipenuhi objek berkenaan.

Digelar “anak patung kelahiran semula”, mainan itu diperbuat daripada plastik tetapi menggunakan rambut manusia.


Menurut Vikki, anak patung pertamanya bernilai RM1,000 dan diberi nama Charlotte.



Masih belajar dan bekerja sambilan di sebuah bar, Vikki berkata, dia menggunakan wang simpanannya yang dikumpul sejak berusia 14 tahun bagi menambah koleksinya. “Dalam tempoh seminggu selepas membeli Charlotte, saya membeli anak patung kedua sebagai ‘adik’ untuknya,” katanya.

Sejak itu, kata Vikki, dia semakin ghairah mahu mengumpul anak patung.


PCOS dianggap satu daripada masalah paling meluas dihadapi wanita di dunia.

Walaupun ia bersifat kompleks, ada bukti kukuh menunjukkan PCOS boleh dianggap sebagai antara penyakit genetik.


PCOS dianggap satu daripada punca utama gangguan kesuburan.


Sementara itu, tunang Vikki, Warren Bone, 19, tidak berminat dengan koleksi berkenaan.


Tidak cukup dengan itu, ibu bapa Vikki juga melarang dia membawa anak patung berkenaan ke ruang tamu rumah mereka di Newbury, Berkshire.


Namun, kata Vikki, kadang-kadang dia melanggar arahan itu.


“Sesekali saya membawanya ke tempat kerja untuk bermanja,” katanya. - TS



copyright by the owner of this blog : hati iza

Thursday 8 March 2012

Ulasan NORA DANISH tentang isu perkahwinan Jejai dan Fasha




hello hello hello
kalau 2 3 hari lepas semua orang sibuk cakap pasal
''jejai dan fasha nak kawen kan''
so kali nie

mai kita baca ulasan ''BEKAS ISTERI" jejai











SETAKAT ini Jejai belum maklumkan apa-apa kepada saya mengenai rancangan perkahwinannya (dengan Fasha Sandha) sebagaimana dilaporkan akhbar hari ini (semalam).

“Kalau Jejai dan keluarga bekas mentua saya mengesahkan sendiri perkara itu, saya juga sudah tentu sudi mengucapkan tahniah.” Begitulah komen pelakon Nora Danish ketika mengulas berita perkahwinan bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) dengan pelakon Fasha Sandha, sebagaimana dilaporkan akhbar ini semalam dan kelmarin. 


Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif yang kebetulan menyambut hari jadinya semalam, ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan komen panjang kerana apa saja keputusan bekas suaminya dengan pelakon itu, bukanlah lagi urusan dan haknya.


Bagi Nora, sejak mereka bercerai pada 12 Ogos 2008, dia tidak pernah lagi mencampuri urusan peribadi Jejai walaupun mereka masih mencurahkan kasih sayang kepada satu-satunya anak lelaki hasil perkongsian hidup mereka.


Nora yang sebelum ini pernah terjebak dalam kontroversi bersama Fasha bagaimanapun lebih suka bersikap optimis dan terbuka dengan siapa pilihan Jejai untuk menjadi suri hidupnya.


Nora dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashraf (Qaqal) yang kini berusia tiga tahun.


Kelmarin, muka depan Harian Metro menyiarkan berita Fasha dan Jejai sudah mengikuti kursus perkahwinan, baru-baru ini sebagai persiapan bernikah.


Kata Fasha, 27, Jejai, 36, juga sudah datang merisik dengan keluarganya dan mereka sudah bersedia untuk ke jenjang pelamin tahun ini.


Semalam, dalam sisipan Rap, Fasha dalam fesyen baju pengantin bersama Jejai berkata, lelaki itu menjadi pilihan hatinya kerana serius menerimanya sebagai calon isteri.


Menyentuh soal kerjaya lakonannya, Nora yang mula mencipta nama menerusi filem Senario Pemburu Emas Yamashita sedang sibuk di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Aku Terima Nikahnya terbitan Metrowealth (MIG).


“Alhamdulillah rezeki untuk saya sentiasa ada dan setakat ini saya masih sibuk dengan pelbagai tawaran berlakon. Terbaru, saya sekali lagi dipertemukan dengan Adi Putra untuk filem Aku Terima Nikahnya selepas kai bekerjasama menerusi drama Tentang Dhia.


“Filem ini adalah satu lagi cabaran buat saya kerana perwatakannya sangat mencabar. Namun saya bersyukur kerana pihak produksi dan Adi sendiri banyak membantu bagi menguatkan lagi plot perjalanan cerita ini,” jelasnya.


Sementara itu, Nora juga akan terbabit dengan filem Mencari Cinta, beraksi di samping Rusdi Ramli pada 16 Mac ini sebelum bercuti selama dua minggu bermula 27 Mac ini bagi menunaikan umrah.


Setakat ini dia masih belum bertemu pengganti Jejai dan gembira menempuh kehidupannya sebagai ibu tunggal.


copyright by the owner of this blog : hati iza

ANITA SARAWAK HILANG!! - usaha mencari sedang dilakukan






ENTAH apa punca dan alasannya, figura terkenal yang juga penghibur kesayangan ramai, Anita Sarawak dan suaminya Mohd Mahathir Abdullah, tiba-tiba ‘menghilangkan diri’ daripada arena komersial dunia hiburan di Malaysia.


Bukan saja akhbar Melayu aliran perdana malah akhbar Inggeris tempatan juga melaporkan misteri kehilangan Anita (Kak Nita) dan Mahathir itu yang dikatakan sudah mengosongkan rumah mereka di Kuala Lumpur, beberapa bulan lalu. 

Ada sumber berkata, Anita pulang menetap semula di Las Vegas dan ada pula mendakwa dia pergi bercuti ke Eropah. Namun apa yang menghairankan, Anita pergi tanpa meninggalkan sepatah kata dengan rakan-rakan karibnya sendiri termasuk pihak media yang selama ini sangat rapat dengan beliau. Adakah sesuatu yang tidak kena atau Anita berkecil hati atau merajuk?

Bayangkan, telefon bimbit dan e-melnya langsung tidak berjawab. Kontrak program televisyen yang dikendalikannya, Astana siaran Astro juga dikatakan sudah berakhir sebelum dia menyepi diri.

Spekulasi demi spekulasi timbul termasuk mengatakan rumah Anita dan Mahathir sedang bergolak. Namun itu hanya gosip dan perkara ini sendiri tidak dapat disahkan oleh keluarga Anita di Kuala Lumpur.

Sebaliknya kata adik Anita, bekas pelakon dan model Noorkumalasari, Anita ingin berehat panjang selepas kontraknya dengan Astro sudah tamat.

“Kak Nita memang ada memberitahu saya sebulan sebelum dia pulang ke AS kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan dan berehat sepuas-puasnya. Itu saja yang diberitahu kerana saya sendiri tidak berpeluang menghantar ke lapangan terbang kerana Kak Nita tidak mahu kelihatan dan diketahui sesiapa.

“Tapi tidak pula saya mengetahui sebab lain dia bertindak begitu kerana soal peribadinya tidak pernah kami bincangkan. Malah saya percaya Anita memang sudah penat dan ingin berehat panjang,” katanya.

Lalu, apabila penulis dihantar menjalankan satu tugasan perfileman di Arizona baru-baru ini, peluang itu terus digunakan untuk menjenguk Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib, di rumahnya di Campana Drive, Spring Valley, Las Vegas pada 19 Februari lalu.

Mana tahu kalau-kalau Anita kini sedang berehat di rumahnya dan penulis punya kesempatan untuk singgah bertanyakan khabar.

Banglo Anita itu tersergam di kawasan perumahan mewah yang jauhnya kira-kira 40 kilometer dari The Strip iaitu pusat komersial terkenal Las Vegas.

Selepas sampai dan mengetuk pintu banglo dua tingkat itu, ia tidak langsung berjawab. Memegang tanggapan mungkin Anita keluar sebentar atau rugi pula jika tidak berjumpa selepas jauh datang seorang diri, penulis terus menunggu lebih tiga jam di depan rumahnya itu.

Kata seorang jiran ketika ditanya mengenai Anita dan adakah benar itu rumah beliau, mereka akui tidak rapat dengan penyanyi lagu Akhirnya Kini Pasti itu.

“Kami hanya mengucapkan selamat pagi dan selamat tinggal saja kalau bertembung dengan jiran-jiran kami. Itu adalah cara kejiranan di sini. Lantas saya tidak pula tahu siapa Anita atau Ithnani kerana sepanjang menetap di sini, saya tak pernah nampak kelibatnya kerana masing-masing sibuk dengan urusan harian,” katanya.

Usaha kembali pada hari kedua dan duduk menunggu di depan rumah Anita sekali lagi mengundang rasa kecewa. Jelas Anita tidak muncul-muncul juga dari dalam rumahnya.

Kemudian, penulis meneruskan misi menjejaki Anita dengan berkunjung pula Caesars Palace - tempat beliau membuat persembahan suatu ketika dulu.

Menemubual beberapa pekerja hotel yang sudah lama berkhidmat dan mungkin pernah mengenali Anita juga masih menemui jalan buntu.

Kata seorang pekerja yang enggan identitinya didedahkan, dia menyifatkan Anita seorang penyanyi yang dihormati ramai ketika membuat persembahan dulu kerana vokalnya hebat dan sikapnya yang begitu bijak melayan pengunjung.

Namun ditanya ke mana Anita dan adakah dia masih berhubung dengannya, lelaki pertengahan usia berkulit putih itu enggan mengulas lanjut.

“Saya tak pernah berhubung dengannya lagi kerana dia sudah lama tidak membuat persembahan di sini. Saya hanya pekerja biasa dan hanya beberapa kali nampak dia menyanyi,” katanya.

Bagaimanapun ketika penulis menghubungi sebuah syarikat penerbitan majalah tempatan yang sering menghebahkan pertunjukan pentas di Las Vegas, seorang penulis di sebuah laman sesawang ada menunjukkan sebuah artikel wajah Anita bersama Mahathir yang hadir dalam sebuah majlis rasmi di sana, Januari lalu.

Gambar itu jelas membuktikan Anita dan suaminya masih bersama. Lantas dakwaan kononnya Anita lari daripada kemelut rumah tangga yang dihadapinya serta khabar angin mengatakan dirinya sedang sakit adalah tidak benar sama sekali.

Sementara itu, sumber Astro yang enggan namanya disebut berkata Anita kini dalam tempoh bercuti dan destinasinya tidak diketahui.

Seorang teman wartawan yang akrab dengan Anita pula menyifatkan kehilangannya adalah satu tempoh mencari ketenangan selepas penat mencurah komitmen kepada kerjanya selama ini.

“Saya tidak percaya dengan segala spekulasi yang timbul lebih-lebih lagi dakwaan kononnya Anita berdepan masalah rumah tangga. Dia suka berehat panjang selepas penat bekerja. Saya percaya Anita akan kembali memberikan penjelasan satu hari nanti,” katanya.



copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 7 March 2012

blogwalking gila - gila!!

hai u all...
ermm lamanya x post entry
lately nie saya sibuk dengan exam
*as a student.. pekara nie biasa la kan kan kan

ok

even saya sibuk dengan tugasan harian
saya masih sempat untuk blog walking ke blog blogger lain


x kira la samada dia tu follower saya atau x

sebab fyi saya mmg suka membaca
hasil karya jari jemari blogger blogger malaysia

cewahhhhh
ayat hyperbola betul..hihi

tapi
u all ajerw yang x taw yang saya sangat menghargai
karya penulisan jari jemari u all

huhuhu - sedih (^_^)


*********************


nak tahu x??
ape x nak tahu?? *nak kena babab nie
x nak tahu pun nak bagi tahu jugak

sebenarnya
saya nie pembaca setia
belog  --->>> LITTLE PARLOUR
owner by
Lady Of Leisure

why saya suka?
sebab
.
.
.
.
.
1. sambil dia menulis dia menjaga privacy kehidupannya & i like that

2. she menjadikan kehidupan dia penuh keceriaan bersama insan tersayang

3. saya suka tengok pic baby dia - so cute  ^_^
(hope oneday when my turn get married i will have a cute children like her baby)

&
lastly

4. saya suka dengan resipi masakan beliau
easy to me to practice..for beginner like me

*dah besar baru nak belajar masak??? (O_O)
erm nak buat mcm mana sibuk study x da masa..hihi
(alasan lapuk ^_^)


ok lah got to go
time to continue my work - finish my assignment 


curi waktu rehat study dengan ber blogging : hati iza



copyright by the owner of this blog : hati iza