the fantasy of dreamland..journey..real life..

Tuesday 26 November 2013

dan aku bukan kebanggaan

hidup...
x punya ertinya bahagia...
kalau kau bukan kebanggaan nya...

bahagia...
x akan pernah memilikinya...
andai kau bukan kebanggaan nya..

memendan rasa...
kenapa asyik dia!!
Hanya kerana dia acap kali melayang kertas... Membelikan dan memberi kau itu ini, sering...

kerana itu kah?
kerana itu kah aku dibandingkan dgn dia?
kerana itu kah aku dimarahi?
kerana itu kah aku yg dipersalahkan?
kerana itu kah tiap kata aku hny menimbul benci dihati?
kerana itu kah hny aku yg kau nampak salah?
kerana itu kah semua memuja dia?
kerana itu kah setiap silapnya mendapat pembelaan?

perlukah aku menghuraikan setiap 1 kenapa aku x mampu nak berikan semua itu seperti mana dia?

aku bukan si tanggang...
dan disetiap kali kau membezakan aku dgn dia.. hati bagai dicucuk...

terima kasih...


copyright by the owner of this blog : hati iza

Monday 15 April 2013

Lawak gurau kami.. terbaekkkkk!!

sepanjang bercuti..pekara paling burok dia bt..

korek idung dpn aku.. katanya taik hidung bersepah.. hahahaha

i knew.. itu bkn 1 yg kelakar utk dikongsi.. rasanya x da lg org nk share menda2 mcm ni dgn friends.. tp ini cerita aku.. Pandangan kita yg menentukan sesuatu pekara itu baik atau buruk elok atau tidak..

ada org fikir hisap rokok depan kanak2 itu 1 pekara biasa..

pandangan aku..itu pekara x elok n x bermoral.. lebih baik kau korek hidung kaw kaw dari membahayakan kanak2 menghidu hembusan n nyalaan asap rokok kau..tp itu pandangan aku..

aku suka kan sifat semula jadi beliau.. x pernah malu.. x pernah segan nk berkelakuan spontan begitu.. Menjadi diri sendiri.. X hairan akan kekasih hati berdiri disisi.. Aku terima dia mcm mana pn dia..

Buruk dia baik dia..wallahi aku senang hati menerima.. sedetik lebih mengenalinya.. aku pelajari pekara baru tentang dia..

oh ya 1st time pakwe tegur dlm canda begini

"syg bulu hidung syg panjang.. Nanti potong ek.. ke nk abg tlg guntingkan?"

hahahahaha naharommmmm tp aku senang..senang dgn lawak x menjadi dia..
segera cari cermin tgk bulu hidung.. adoiiiii


copyright by the owner of this blog : hati iza

Apa yang engkau tak akan mengerti

Sungguh jari jemari ini terasa indah dapat menari irama tersendiri disaat menyentuh papan kekunci menaip setiap bait kata yg dipetik dari mereka yang disanjungi..

Yang aku kongsi..adalah apa yang aku hayati..
Yang aku beri..adalah apa yang ada dalan sanubari..
Yang aku mahu.. Kalian mengerti.. mendalami bait kata kata indah ini..

jujur dan ikhlasnya.. x usah engkau soalkan.. sudah jelas di maya ini..

dengan lafas bismillah.. aku mulai..

**senandung imam syafie**

biarkanlah hari - hari itu berlalu dengan segala peristiwanya..

dan sejahterakanlah jiwamu apabila qadar memastikannya..

jangan engkau gelisah kerana kejadian - kejadian sepanjang masa..

kerana peristiwa - peristiwa dunia tidak kekal selamanya..

jadilah engkau lelaki kesateria dalam segala peristiwa..

dengan berlapang dada dan bermurah hati..hiasilah dirimu..

duka dan suka tak kekal selamanya..

sengsara dan sejahtera juga x kekal selamanya..

rezekimu tidak lari kerana berlambat - lambat..

tidak juga bertambah kerana berlelah - lelah..

apabila engkau berhati pasrah..

samalah engkau dengan pemilik dunia..


copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 3 April 2013

Nikmat

lebih manis dari gula

abang caie sangat......

aku sangat....

Suka..
ye aku suka..
suka dilayan persis bidadari kayangan
suka dimanjai begini rupa..
suka ditiap kata..tiap bait bicara dia..

Indah
itu shj yg mampu diungkap
indah itu berada di segenap semetri hati..
terawang awang aku di galaksi cinta

Bahagia..
memuncak setinggi langit
lebih tinggi dari 7 petala langit
lebih dalam dari 7 petala bumi

Syukur..
sujud syukur ku padaMU tuhan
atas segala apa yang Engkau berikan
kau beri aku serba kekurangan utk aku menikmati rasa ini..

jadikan kami yang terbaik buat kami..
restui kami andai mmg ini jalan ceritaku..
lengkapkan kami dgn adanya kami..

bahagaikan insan yang berbuat baik keatasku seperti kau berikan aku nikmat ini.. sememangnya mereka layak utk itu atas kebaikan yang mereka lakukan..


copyright by the owner of this blog : hati iza

Kasih kami

Langit pekat
titik hujan ghairah membasahi bumi
kata orang - "hujan hujan ni sedappp tidur"

memang YA..

tuhan menjadikan malam ni dingin utk umatnya

tuhan menjadikan tika ni sepi tanpa bunyi - supaya umatnya enak dibuai mimpi

mungkin juga sepi ini tuhan jadikan utk bertaut di jiwa ku saat ini.. sepiii

disaat yang lain asyik mengulit mimpi
aku hanya memerhati.. kosong

melihat satu persatu saudaraku - aku senyum sendirian

lucu melihatkan gelagat mereka..

syukur YA TUHAN
kau tempatkan aku dikalangan saudaraku yg sempurna..

sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kami adik beradik..
layaknya kami ini x ubah spt anjing dan kucing..
masing2 kepala batu
masing2 angin x menentu

walau sedepa muncung ditarik
walau tajam mata menjeling

namun tersorok di sudu hati
masing2 saling menyanyangi
masing2 saling memerlukan

EGO!!
Ya itu istilah terbaik buat kami
sekeruh mana pertengkaran yg berlaku..
esok lusa mesra jua..

sayang..maaf..
sukar utk kami pertuturkan..
bahasa badan menjadi perantara..

kami banyak kekurangan..
x pernah sempurna..

pandangan abah..
kekurangan kami adalah pelengkap ikatan..

*tapi sekarang ni..
ini sudah mendatangkan marah!!
aku baru berganjak sikit dari tmpt tidur..
budak ni dah bolot semua dkt dia..!!

tidur lambak mmg best.. tapi yg x bestnya.. akan ada penindasan dan kekerasan!!! ini sudah lebih.. Dia buat gaya tidur 360°!!! jeeeeehaaaaaaa


copyright by the owner of this blog : hati iza

Friday 29 March 2013

Picisan kata

abg iza dh sampai rmh

ok

abg dkt mana

putrajaya

abg jgn lupa book tiket taw

ok

jgn lupa ambik cuti ari khamis n jumaat

ok

"eh aaaapa??"

"abang dgn zamri kena ambik cuti..kan kita dh rancang our getaway"

"mana blh syg oit..abg kerja kn ops daulat x hbs lg"

"aaaaa abg dh ckp ok td kn.. maksudnya abg dh janji dgn iza la tu.. please iza fatihah n arissa sgt mengharap abg n zamri cuti.."

"aaaa mana abg..."

"ok ok x kira abg dh janji..no matter how..abg kena cuti jgk..ok bye bye love you..keep promise syg"

aku mengaku.. Tingkah ku sering memeningkan abang caie..
namun aku syukur.. Dalam kesibukan abang caie x keberatan menunaikan apa yg ku pinta supaya menjadi kenyataan..

Jika itu mampu membahagiakan..

namun aku bukan kerabat diraja
apa yang diingini pastikn dapat
ada tika aku harus mengerti
berpaksi rialiti
x semua yang dihajati mampu dimiliki
x usah sedih jika ianya x kesampaian
belajar menikmati hidup
tuhan ada jawapan bagi setiap apa yang terjadi

alah bisa tegal biasa
kami bkn merpati dua sejoli
sering berdua..sentiasa bersama..
ahhh indah berada di alam fantasi

berpijak dibumi nyata
utara..selatan..
aku disini..abang caie disana
kesibukan kerja menghambat diri
jarak menjauhkan kami
masa menghakimi kami.. zalim!!

atas dasar cinta
berakar kasih..berdahan sayang
demi masa..terbitnya rindu
demi jarak..kukuhnya kepercayaan kami
demi kerjaya..kami berusaha menjadi yg terbaik diantara kami..

dunia tanpa sempadan
walau jauh dimata..dekat di hati
bukan susah mana..
maxis celcom digi mcm mcm ada..
kalau rindu..telefon tny khabar
kalau sepi..sms ngadu sedih

sekian saja picisan kata dari hati iza
p/s : picisan ini obat aku untuk santapan minda yang mood nya adakala sendu adakala ceria..


copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 20 March 2013

Picisan kasih buat kekasih

Bahagianya aku punya tunangan yang baik hati..baik jugak budi pekerti..suka membantu..pemurah..x blh tengok org susah..

semoga allah memberkati dirinya

buruk dia..cantik dia
wallahi aku terima

dia lah nyawa
dia jua sumber inpirasi
lumpuh aku tanpa dia

x ada dua..x ada penganti
hanya dia yg terpatri di hati

x tersujud aku menadah pd Yang Pencipta.. Mengharap perlindungan mengharap keberkatan moga cinta berkat restu ini cepat bersatu..


copyright by the owner of this blog : hati iza

Saturday 16 February 2013

DULU..KINI & INSYALLAH SELAMANYA

aku kini jauh berbeda daripada jasad n jiwaku yang dulu..

bukan lagi si pencari cinta..

Aku kini si tukang kebun yang sedang menikmati redupnya pohon cinta yang tumbuh mekar di laman hati..

Dulunya aku seperti anak kecil yang sesat dijalanan.. bingung mencari cari kemana hala tuju ku..

Hadirnya dia.. dengan penuh commitment memimpin aku keluar dari bingung ku.. membawa aku menyusuri jalan yang selama ini ku cari.. jalan yang selama ini ku dambakan..

Jalan jalan cinta..

Lafaz Bismillah aku mulai.. Dengan commitment yang diberi.. ku izinkan dia mengusik hati dan perasaan ini..

Alhamdulillah.. mensyukuri ketentuan Yang Maha Esa.. menemukan aku dengan si dia.. walaupun dengan cara yang... aku sendiri tidak punya jawapan untuk itu..

Jujurnya memang ya aku bertemu dia di alamat email YAHOO MASSANGER ku.. Akan tetapi persoalan bagaimana beliau boleh menyelinap menjadi sebahagian daripada friend list aku?? erkk i still dont get it..

*sampai sekarang aku cuba utk membongkar persoalan nie..sayang aku masih x tahu punca*

hahahaha kelakar yea.. klw anak kami tny mcm mana mummy meet daddy?? erkk how could i answer that qeustion?? hahahaha

Alhamdulillah.. Hubungan yg x tahu di mana permulaan nya ini mendapat restu keluarga.. mak abah aku suka n sayang dia.. mak ayah dia sangat baik dengan aku.. Menyanyangi aku persis anak sendiri.. Our relationship with both family are amazing..

every 2 week.. kalau aku x sibuk aku always spending time dkt rumah family dia.. Mengeratkan ukhuwah...(walaupun si dia x da.. i mean he working at melaka.. His family at kedah..)

*eratkan ukhuwah la sgt..padahal aku gian nak melantak masakan mak dia.. super delicious kau tahu x.. tu yang buat aku suka melekat rumah bakal mertua aku lama2.. hahahaha*

Dia sekarang tunangan ku..

Insyallah jika dengan izin dan kehendak ALLAH S.W.T di iringin doa dan restu keluarga.. Akan termeterai lah lafaz ijab qabul yang selama ini kami nantikan..

amin..

ok thats it.. Thanks..


copyright by the owner of this blog : hati iza

Friday 15 February 2013

KEBENARAN YANG TERPENDAM

Masa lalu

Dahulunya aku bukan la sang setia.. bukan jugak sang pencinta.. mencintai lelaki sepenuh hati???

"OH!!! Tidak sesekali.."

untuk apa menyemai cinta kepada insan yang belum pasti.. belum pasti hala tujunya.. belum pasti dgn commitment nya tentang hubungan ini..

Dimulut..memang ya aku bermanis bicara menyata cinta.. sekadar canda mainan jiwa..

Dihati?? cinta yang tulus hanya kepada insan yang layaknya..

ketika itu..setelah penat mengenal cinta.. setelah lelah mencari sang pujangga.. aku berperang dengan jiwa sendirian..

"kemana arah tujuku dengan mereka mereka yang ternyata bukan diciptakan untuk ku?"

"Siapakah yang layaknya utk aku?"

lantas waktu ini..minda dan hati memainkan peranan..bergabung untuk menyedarkan diri ini..

"bangun iza!! buat apa mencari cinta..sedangkan allah telah berjanji..berjanji bahawa setiap makhluk yg diciptanya pasti punya pasangannya!!"

tapi aku manusia lemah.. rialistik nya tika menuntut di ipt.. hati sering dibelenggu dgn mitos lapuk

'kalau waktu study masih x berpasangan..nanti masuk alam pekerjaan susah nk cari pasangan hidup nie'

mitos lapuk ni..mungkin ada benarnya.. sebagai contoh kenalan ku kini ramai yang masih membujang.. X dapat mencari teman hidup..sibuk kerja.. usia sudah menghampiri angka 3 tp masih gagal mencari cinta..

AKU X MAU JADI ANDARTU!!!

jadinya dlm sibuk belajar aku mencari cinta - so sorry la mak fokus belajar actually 95% je.. lg 5% lost.. hahaha

so itu aje la.. coming next aku story plak cerita masa kini... wink wink wink


copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 13 February 2013

Buat mu sayang

Bismillahirrahmanirrahim..

wallahi ahmad khozaee
selagi nyawa masih di badan
selagi mampu dan diizinkan tuhan
aku ini buatmu..
demi siang dan malam yang tiba

wallahi tunanganku
dengan izin tuhan Allah s.w.t
moga hari hari kita makin sempurna
diberkati dan diredhai Dia..

wallahi kesayanganku
dengan izin dan kehendak tuhan..moga cinta dan kasih sayang kita abadi selamanya..

good nite sayang.. love you ^_^


copyright by the owner of this blog : hati iza

Tuesday 12 February 2013

Kehidupan - cinta..perkahwinan..aku..dia

bln 8??? ishhh awal sgt la abah oit..

Caie ckp before getting married he wanna to do something.. so let him do what he wanna to do..

n me?? x kesah..mcm mana pn x pe.. perkahwinan itu bkn penghalang cita2 aku.. so x da beza pn klw caie nk awal atau cepat ijab qabul

*cuma mengalas title isteri tu bkn mudah.. Pratikal n teori sgt berbeda.. Bila abah ckp nak awal.. gerun plak aku dengar.. risau ilmu di dada x cukup utk mengharungi bahtera rumah tangga.. tapi kalau x harungi mcm mana aku nk tahu aku mampu atau x kan..

cuma perasaan gugup utk bergelar isteri x blh nk di bendung..

mampu ke aku jadi the best and awesome wife for him?

YES!! I CAN!! menjalinkan hubungan yang halal  dengan niat kerana ALLAH S.W.T

insyallah akan dipermudahkan segala urusan hambaNYA..

aminnn..


copyright by the owner of this blog : hati iza

Saturday 5 January 2013

Nothing to say - the owner!!!

ermmm lama sungguh rasanya aku x menaip dalam blog nie..

Huhuhu...kesian... but!! thats okey.. X da apa yang nak dikesiankan sangat disini

timbunan kerja + tanggungjawab yang digalas menjadi faktor kepada kesibukan aku..

@#%*6???? Lama x menaip sampai aku jadi tak tahu nak menulis apa..

ermmm okey hari hari aku lalui sama aje.. pegi kerja balik kerja.. mandi..makan..tengok tv.. tidur..

bosan kan??? yeahhh mmg.. X da pekara yang aku terasa nak buat..

cuti sabtu ahad plak.. Banyak aku habiskan masa ke rumah mak in law aku... (in future insyallah)

en.tunang??
dia di melaka.. kerja.. So utk aku have fun agak terbatas la.. ye la dia di melaka aku di kedah.. most kawan2 aku plak semua dah berumah tangga..so???? boring kan...

korang pun lalui hari yang sama mcm aku lalui x????

Hihihi tapi its no big deal.. Ada time aku tahu mcm mana nak enjoy kan diri sendiri..

seperti malam nie..
hang out with my sista or maybe go and watch movie alone at cinema..

*actually ada pekara yang sedang bermain di fikiran aku.. so hope reader yang baca x pening mcm aku..

aku yang menaip ni pn pening!!!

mana x nya.. tangan & mata sedang lancar menaip..tp fikiran aku melayang memikirkan hal lain..

Hati aku plak jangan cakap la.. dah kelain ni..hanyut ke mana pn aku x taw..

ok got to go..nanti bila aku rasa nak menaip lagi kita jumpa lagi ye CD (cyberspace dreamland)

**sorry sbb x bertanggungjawab atas blog sendiri


copyright by the owner of this blog : hati iza