the fantasy of dreamland..journey..real life..

Thursday 25 October 2012

E-day update

Terasa mcm dah lama aku memyepi..blogger lain sehari berpuluh enrty diaorang buat.. Aku ni sehari satu entry pon belum tentu..

Tapi ye la.. Aku bukan nak kejar trafik sangat pn.. Aku berblogging ni untuk mengisi masa aku.. Boleh cakap mcm hobi waktu lapang aje..

So kalau sebulan sekali nak tulis entry pn rasa x pe kot.. Hahaha

Ok x payah nak merepek panjang panjang.. Hari ni 25hb october 2012..seperti semua telah sedia maklum.. Esok umat islam aku menyambut sambutan hari ray haji..

Jadi disini aku nak ucapkan selamat hari raya haji kepada semua umat islam di seluruh dunia

Raya haji tahun nie.. Agak berbeza dengan raya sebelum ni.. Sbb tahun ni keluarga aku x buat apa2 persiapan pun untuk raya haji ni..

Sebabnya.. Pada 28hb october 2012, aku akan melangsungkan majlis pertunangan aku.. Itu sebab x sambut.. Ye la 3 hari aje lagi nak kenduri..rumah plak dah penuh dengan barang kenduri..

Oleh kerana esok nak raya.. Jadi disebablan nak elak berlaku sebarang kekalutan..

Barang memasak..pelamin..hantaran.. Periuk kuali kerusi meja..semua telah menyemak di dalam rumah aku ni...

Persediaan sehingga semalam... Ermm sebanyak 2 buah khemah telah dipasang..

Pelamin pn dah siap pasang..

Awal giler pasang pelamin.. Semua gara2 orang nak balik raya..

Hantaran belah perempuan sebanyak 9 dulang kot.. Kebanyakkan nya hantaran tu di sponsor oleh jiran n mak saudara aku...

Setakat ni.. Baru 3 hantaran dah nampak rupa.. Lagi 6 on the way..

Well majlis pertunangan aku ni x la meletop sangat.. Biasa biasa aje..

Ok lah apa pun nantikan entry aku lepas ni...
Okey..bye bye


copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 17 October 2012

Majlis konvokesyen


16.10.2012 menyaksikan penantian aku selama 3 tahun belajar berbaloi..

Ditemani oleh insan tersayang meraikan hari penganugerahan ni..sangat memberi makna besar dalam hidup aku.. Sayangnya mak aku x dapat hadir bersama.. Atas sebab2 yang x boleh dielakan..

Bahagia aku rasai apabila.. Kedua2 pakwe aku bersama meraikan hari bersejarah aku.. Akak aku pn turut meraikan aku seperti mana dia lalui sebelum ni..

Ucapan syukur yang x terungkap dengan kata2.. Terima kasih mak..abah..family dan tunang tersayang yang sentiasa memberi galakan..

Terima kasih juga pada rakan2 dan tenaga pengajar yang telah mencurahkan ilmu kepada aku..

Oh ya sekarang ni aku dalam perjalanan pulang ke rumah..

Untuk tunang tersayang.. Hati2 memandu balik melaka 2 yea...

Big event yang pertama dah settle..
Sekarang big event yang ke2 plak..

Harap semua berjalan lancar...insyallah

Ok la bye..salam



copyright by the owner of this blog : hati iza

Tuesday 16 October 2012

Status update 2

Ayooo x pasal pasal aku kena ikut tunang aku ke kl atas urusan kerja beliau

Well aku sekarang dekat melaka.. Di sekitar masjid tanah..Di rumah kenalan ku..Datang melaka sbb aku konvo 16.10 ni..

Memandangkan hari ni tunang aku kerja.. Jadi untuk memudahkan pergerakan aku.. Dia suruh aku guna kereta dia..

Baru aku siap2 pagi tadi nak keluar g beli sarapan.. Dia call suruh pick up dia.. Sbb dia nak kena ke kl.. Apa lagi kelam kabut aku dibuatnya..

Aku fikir lepas aku hantar kereta dia akan hantar aku balik rumah kenalan aku la.. Rupanya dia angkut aku sekali ke kl.. Nasib baik aku bersiap elok2.. Kalau x malu gak la... Hahaha

Sekarang aku dalam perjalanan nak ke kl.. Bersama tunang aku dan rakannya.. Mata ngantok oiiii x cukup tidur..


copyright by the owner of this blog : hati iza

Status update

13.10.2012
11.18 malam

Sekarang ni aku di dalam perut bas..

Ke mana?

Aku dalam perjalanan nak ke melaka.. Dijangka akan sampai dalam pukul 7 atau 8 pagi esok..

Well doakan perjalanan aku selamat sampai ke destinasi ok..

Itu aje.. Ok nite.. ^_^ zzzzz


copyright by the owner of this blog : hati iza

Saturday 13 October 2012

With love to MELAKA

10.29 pagi

Selamat pagi..hari ni pagi2 lagi aku dah sibuk.. Sibuk packing barang untuk diisi dalam bag..

Nak kemana? Malam ni aku akan berangkat ke melaka.. Jumpa tunang tercinta..

Hahaha x da la.. Actually ada urusan yang nak diselesaikan..sambil tu aku ambik kesempatan nak jumpa mamat sorang ni.. Ye la dah lama x jumpa..asyik cakap dalam call aje..mesti la rindu..

Well ini kali kedua aku pergi melaka sorang diri.. Naik bus plak tu!!! Adoi..dah la trip ke melaka makan masa selama 8 jam.. Sakit bontot aku..

Mengada ngada aku ni kan..banyak plak rungutnya..

Tapi ye la semua tunang n family aku punya pasal la..selalu sangat manjakan aku.. Dulu nak ke mana2 aje.. Ada orang drive kan.. Nak itu nak ini semua ikut aje..

Sekarang bila keadaan dah berudah seiring dengan masa.. Aku pn dah x blh terlalu manja..

*tapi ini x bermaksud aku ni x reti nak berdikari ok..

Ermmm..tengah duk leka kemas barang...ALAMAK!!! aku dah lambat datang kerja.. Terus bergegas datang kerja.. Habis kerja jap lagi baru ku sambung pack barang...

Oh ya petang ni juga.. Aku nak ke boutique bonda... Nak pegi try baju pertunangan aku..
Sebelum ni dah try..tapi waktu tu aku pegi alone so x da la orang nak tolong komen..

Kali ni aku pegi bawa akak aku..untuk tolong judge.. Kalau ada org tolong komen lebih selesa.. At least x da la aku syok sendiri..

Ye la kalau aku je yang rasa selesa & cantik.. Tapi orang yang memandang rasa sebaliknya.. X syok juga kan.. So bawa teman untuk jadi tukang komen adalah 1 idea yang bagus bagi aku la..

Ok la.. Kerja berlambak lagi nie.. Apa pun reader.. Doakan semuanha berjalan lancar ok..

Semoga perjalanan aku ke melaka selamat..aminnn

Ok bye bye


copyright by the owner of this blog : hati iza

Friday 12 October 2012

TAHNIAH - ATM

Siapa dekat sini yang menonton perlawanan bola semalam??

Pasukan ATM vs pasukannnn ????? Sorry aku x taw la..

Apapun TAHNIAH KEPADA TEAM ATM SEBAB BERJAYA MASUK FINAL SETELAH 46 TAHUN MENANTI... Hihihi

Well jujurnya bola sepak memang bukan kesukaan aku.. Sorang pun dalam arena bola sepak aku x kenal.. Kalau orang tipu aku yang leonardo da vinci tu seorang bintang bola sepak pn mungkin aku akan percaya.. (tapi leonardo da vinci bukan sorang bintang bola sepak ok..jangan nak tipu sangat)

Ok back to the topic.. Nak dijadikan cerita.. Semalam aku call tunang aku.. Call sekali x jawab.. Call 2 kali x juga jawab..

Aku call punya call punya call..baru reti nak tekan button (answer)

Bila aku tanya buat apa? Dia tanya aku balik..
"sayang x tengok bola?"

Aik??? Tunang aku ni silap tanya soalan ke??
Bila masa plak aku ni kaki bola.. Siaran bola pun x pernah taw channel berapa.. Kalau siaran Discovery channel..TLC.. AXN.. HBO.. MAX.. MFP.. aku taw la..

Dengan selamba je aku jawab "x tengok pn"

Padahal dalam hati...'eh ada bola ke?'

Udah la tu.. Dek kerana nak menonton bola punya pasal.. Dia cakap gini dekat aku

"ok k k k abg nak g baris ni..dah lambat"

"alaaaa...kejap la.."

"ishhhh dah lambat dah ni..nak p dah ni"

........ Talian di matikan

Entah betul entah alasan..

Grrrrrr... X pe x pe.. Nanti kawin taw la balasan dia..

Hahahaha jahat aku ni kan.. Dengan bola pn nak jeles..

Ok bye..


copyright by the owner of this blog : hati iza

Thursday 11 October 2012

Sebentar tadi aku ter rajin nak blog walking.. Banyak juga blog yg aku singgah.. Seronok dapat membaca.. Entry yang selalu jadi pilihan aku.. Entry berkenaan life blogger.. Kalau entry pasal artis n politik ni kurang sikit..

Kenapa? Sebab kekadang tu cerita yang disampaikan mungkin berbeza dengan cerita sebenar.. So jalan terbaik follow aje Official web artis berkenaan..

Kalau isu politik plak.. Ada setengah blog 2 suka tulis entry yang menjatuhkan kerajaan.. Konon jika parti politik dia yang memerintah kerajaan akan lebih maju.. Kemudian mula la maki hamun pihak tu pihak ni..

Walaupun menulis berkenaan dengan life sendiri mungkin kurang mendapat sambutan ramai.. Tapi cerita2 mcm ni lebih natural..

Laaaaa tersasar jauh dari apa yang aku nak cerita..

Sebenarnya aku nak cerita 1 point aje.. Aku ni memang suka BW tapi 1 tabiat aku..aku x suka nak komen2.. Mungkin ada yang menyangka aku ni sombong x nak singgah blog diaorang..

Maaf la.. X pernah lagi aku x singgah jika ada yang menjemput.. Cuma lepas baca aku x meninggalkan jejak..

Ok ada kerja ni.. Bye 


copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 10 October 2012

A story

Sebelum nak mula pecut menaip entry kali nie.. Aku nak ucap TERIMA KASIH kepada kalian yang follow up cerita cerita aku..

Ingat lagi.. Dulu tujuan aku buat blog ni sbb nak jana pendapatan mcm blogger lain yang telah berjaya.. Tapi lama kelamaan baru aku sedar yang sebenarnya itu bukan tujuan aku..

Aku lebih gemar menjadikan blog aku ni sebagai medan aku meluahkan segala apa yang aku rasa..lalui..n alami untuk di kongsi kepada semua..

So kepada yang nak jadi blogger berjaya..pasang niat betul2..fokus kepada tujuan korang nak berblogging..jangan jadi mcm aku.. Hahaha...

Ok intro dah habis.. Sekarang masuk ke point sebenar aku.. Well tinggal lagi lebih kurang 16 hari saja lagi aku akan mengikat tali pertunangan dengan tunang aku..opsss maksud aku bakal tunang aku..

Alhamdulillah dari segi persiapan hantaran..kenduri..baju..make up n pelamin semua berjalan lancar..tunggu hari saja..

Opsss pelamin??? Yepp aku tempah mini pelamin utk e-day ku nanti..

Well mungkin korang rasa aku ni melebih lebih.. Siap dengan pelamin bagai.. Baju tunang plak siap tempah baru.. Asalkan selagi aku mampu aku rasa x salah..

X salah jika aku sedaya upaya cuba untuk merialisasikan apa yang aku ingin kan dalam meniti kehidupan ku..

Lagipun MIL selalu cakap.. "niat utk sekali saja" jadi apa salahnya untuk sekali ini aku buat majlis ni seperti yang aku inginkan selama ni..

Kan orang cakap alam pertunangan ni ibarat "menyusuri alam perkahwinan sebenar" Atau lebih senang lagi umpama PRA-PERKHAWINAN kepada bakal suami isteri

jadi biarlah aku memulakan langkah pertama aku dengan penuh rasa bahagia..

So x payah nak complain..

Allah dah menulis skrip jalan cerita utk kehidupan aku.. jadi aku sebagai pelakon akan cuba melakonkan watak yang diberi dengan jayanya..

Merepek repek aje aku ni..

Oh ya soal hantaran plak.. Aku dah siapkan.. Buat sendiri la.. Hehehe.. Aku ni x la kreatif sgt tapi boleh la kalau nak buat.. Ermm ala kadar aje..

Jap lagi aku tunjuk ok..tapi 1 aje..lain2 nanti tunggu bila tiba harinya..

Well ok la.. Ada kerja nak buat nie.. Bye bye



copyright by the owner of this blog : hati iza

Mak in Law

Masa : 10.40 pagi

Selamat pagi to myself n all.. Pagi ni x berapa sihat..

X sihat kenapa? Well perubahan emosi seorang perempuan.. Jadi x perlu la nak terangkan sebabnya

Lagi 3 hari aje lagi aku nak berangkat ke melaka.. Meet my lover there..

Ehem ehem sebenarnya bkn senang2 nak p melaka 2.. Ke melaka pn sbb ada tujuan lain.. Jadi alang2 tu jumpa la kejap si dia.. Kejap x kejap pn 2 malam gak la aku di sana nanti

Ermm..hati ni rindu dkt dia.. Ye la kami bkn seperti majoriti pasangan di luar sana yang boleh selalu jumpa.. Msj selalu.. Call selalu

Fyi.. Kitaorang duduk jauh..sorang di melaka sorang lagi di kedah..

nasib baik family si dia di kedah so kerap juga lah aku ke rumah bakal mertua aku..- ini namanya mengeratkan hubungan kekeluargaan..

Lagi pun klw x pergi x sedap la plak nanti bila tunang aku call tny x ke rumah mak dia ke?
(klw seminggu aku x p rumah mak dia..jap lagi nada suara dia mula la berbaur merajuk)

Anak manja mak memang mcm tu..tapi bila tny x nak ngaku..menyampah aku dengan mamat ni.. Menyampah menyampah pun sayang gak dekat dia.. Hihi alaaaaa menyampah menyampah manja namanya..

Tapi kalau dia x suruh p pun aku tetap p sebab mertua aku ni peramah baik hati..kalau aku ke sana aje mesti ada saja buah tangan dia akan kasi dkt aku untuk bekal balik rumah..

Kalau korang nak tahu MIL ni best chef in the world

Bila ke sana dapat la aku makan masakan MIL yang tersangat la menambat selera aku.. (patut la tunang aku perut muncit...) anyway iza tetap sayang abang taw.. ^_^

Sikap MIL yang selalu sediakan buah tangan utk aku bawa balik rumah ni buat aku segan kalau datang ke rumah MIL dengan tangan kosong.. (tapi kekadang aku p dgn tangan kosong aje..bawa perut kosong utk di isi.. Hehe)

Kalau tunang aku baca entry ni..mesti dia cakap aku nak bodek mak dia..

Tapi ni bkn bodek.. Ini kenyataan betul..
Bila balik rumah mertua.. X terasa asing..sbb MIL layan aku sama mcm anak2 dia..

Dapat makan sedap sedap..dapat gosip2..

Married women please don't be jelous with me.. Korang pn boleh dapat layanan seperti aku dapat kalau korang pandai ambik hati mertua korang..

*aku ni x la pandai ambik hati MIL sangat..cuma aku sgt menghormati MIL sama mcm aku menghormati mak aku..

Ok thats all.. Bye


copyright by the owner of this blog : hati iza

Tuesday 9 October 2012

Kehidupan yang terasing

Hari ni diri aku terasa asing.. Terasa asing dengan kehidupan ni

Kenapa?

Tertekan kah aku dengan perjalanan hidup yang sukar ini?

Selama ni aku cuba untuk menikmati hidup...
Tapi ternyata.. Bukan senang untuk menikmati hidup.. Bukan mudah untuk sentiasa positif apabila berada dalam situasi yang sukar..

Sukar sangat ke kehidupan ni sehingga menyebabkan aku begini? Atau ini hanyalah sekadar perubahan emosi yang sering berlaku kepada setiap orang..

Korang x perlu mengerti apa yang aku cuba sampaikan sebab post ini aku karangkan hanya sekadar ingin melepaskan apa yang sedang berperang di mindaku kini..

Hurmmm semoga semua berlalu pergi dengan baik


copyright by the owner of this blog : hati iza

Wednesday 3 October 2012

Invitation card for Engagement day

"11.14pagi" pagi yang ceria..cuaca yang mendung menandakan hari nak hujan..

Aku datang kerja dengan dengan penuh semangat walaupun badan masih lesu x cukup tenaga akibat x cukup tidur...

Moga dipermudahkan urusanku hari ni..aminn

Ok habis bab intro..aku nak cerita plak..hihi
Sebelum ni aku ada cerita pasal "invitation card" ... So ini sambungan ceritanya

Sebelum aku nak cerita pasal kad jemputan aku tu.. Aku nak mention la yang semalam sengaja aku ambik cuti..sebab nak settel kan urusan penting..

Blog walking: "Apa yang penting sangat?"

Terima kasih kerana bertanya..hihi
Ermm sebenarnya semalam aku kena menduduki peperiksaan kelayakan untuk menjawat jawatan pembantu juruaudit..

Well susah tapi alhamdulillah aku yakin dengan jawapan aku semalam..

Selesai saja jawab exam sekitar jam 4 petang aku terus bergegas ke kulim..nak ambik kad jemputan yang dah siap..

Well sangat puas hati.. Nak kata cantik? Bagi aku ia nampak nice n simple..

Lagipun ini cuma majlis pertunangan..jadi cuba buat se-simple yang boleh la..

Ok itu aje.. Bye bye



copyright by the owner of this blog : hati iza