the fantasy of dreamland..journey..real life..

Thursday, 19 April 2012

Anugerah Allah

x jemu - jemu h.i tengok newborn abang ben ashaari
dari jauh h.i doakan semoga baby abg ben & wife cepat sembuh dari kuning

tiap hari mesti tengok baby comel tu then terlintas nak cari artikel pasal 
'anak anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai'

h.i nak kongsikan artikel yang h.i cari dalam sumber yang sahih
dengan semua ibu..ayah..mummy daddy.. mak abah.. dan sama waktu denganya

*artikel ini juga h.i tujukan kepada semua yang bergelar anak
untuk kita lebih menghargai kedua ibu bapa kita sebab tanpa mereka sure kita x de



***************



1- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah. Orang yang menangis kerana takut Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 


*****

2- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 tahun. 

*****

3- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

*****

4- Barangsiapa keluar Ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak. 

*****

5- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam syurga. 

*****

6- Barangsiapa direzekikan dengan anak, wajiblah baginya mengajar anak itu adab dan akhlak semoga dia mendapat kemewahan rezeki dan syafaat (pertolongan) anak-anaknya. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu dengan ilmu dan adab, pahala anak itu turut diperolehinya. 

*****

7- Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

*****

8- Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang jika telah berumur 10 tahun. Pisahkan anak-anak lelaki dari anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka. 

*****

9- Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun maka kahwinkanlah dia.


syukur alhamdulillah : hati iza

copyright by the owner of this blog : hati iza

2 comments:

  1. anak adalah harta kekal kepada ibu bapa.. t,jwb anak adlh besar kpd ibu bapa...

    ReplyDelete