the fantasy of dreamland..journey..real life..

Monday, 15 April 2013

Apa yang engkau tak akan mengerti

Sungguh jari jemari ini terasa indah dapat menari irama tersendiri disaat menyentuh papan kekunci menaip setiap bait kata yg dipetik dari mereka yang disanjungi..

Yang aku kongsi..adalah apa yang aku hayati..
Yang aku beri..adalah apa yang ada dalan sanubari..
Yang aku mahu.. Kalian mengerti.. mendalami bait kata kata indah ini..

jujur dan ikhlasnya.. x usah engkau soalkan.. sudah jelas di maya ini..

dengan lafas bismillah.. aku mulai..

**senandung imam syafie**

biarkanlah hari - hari itu berlalu dengan segala peristiwanya..

dan sejahterakanlah jiwamu apabila qadar memastikannya..

jangan engkau gelisah kerana kejadian - kejadian sepanjang masa..

kerana peristiwa - peristiwa dunia tidak kekal selamanya..

jadilah engkau lelaki kesateria dalam segala peristiwa..

dengan berlapang dada dan bermurah hati..hiasilah dirimu..

duka dan suka tak kekal selamanya..

sengsara dan sejahtera juga x kekal selamanya..

rezekimu tidak lari kerana berlambat - lambat..

tidak juga bertambah kerana berlelah - lelah..

apabila engkau berhati pasrah..

samalah engkau dengan pemilik dunia..


copyright by the owner of this blog : hati iza

No comments:

Post a Comment