Dalam soal getting married nie.. semuanya kena perancangan rapi..bagi mengelak mempaziran.. so bajet kawen nie just sebagai panduan ajerw..hati ambik ini untuk share dgn u all dan jugak sebagai future planing..nanti bila tiba masa hati plak..sekurang2nya soal duit da x jadi masalah..hehehehe gatal...
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.
Pra-perkahwinan:
- Kursus perkahwinan
- Wang hantaran
- Mas kahwin
- Upah jurunikah
- Kad jemputan
- Setem
- Cincin tunang
- Cincin kahwin
- Barang kemas
- Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
- Tempat penginapan untuk rombongan
Barangan Hantaran:
- Sirih junjung
- Potpurri
- Al-Quran
- Telekung/sejadah
- Kain ela
- Baju kurung
- Beg tangan
- Tuala
- Jam
- Kasut
- Satu set peralatan solek
- Satu set penjagaan badan
- Buah-buahan
- Puding
- Coklat
- Kek
Juruandam:
- Pelamin
- Bunga pahar
- Bunga telur/cenderahati tetamu
- Baju songket
- Hiasan bilik tidur
- Pintu gerbang
- Hiasan hantaran
Abadikan memori:
- Videografi yang siap disunting
- Jurugambar
Kanopi:
- Kanopi
- Kerusi dan meja
- Alas meja
- Kipas siling
- Lampu
- Upah pekerja
Hotel atau taman:
- Sewa hotel atau taman
- Kerusi dan meja
- Menu
- Penyambut tetamu
- Pengiring
Makan beradap:
- Set meja pengantin
- Kerusi dan Meja
- Alas meja
- Skirting
- Scallop
- Kerusi banquet
- Bunga bouquet
- Lauk pengantin
- Penanggah
Katering:
- Nasi dan lauk pilihan
- Buah-buahan
- Air (kordial)
Hiburan:
- Kompang
- Silat pengantin
- Cak lempong
- Kumpulan marhaban/berzanji
Sistem PA:
- Satu set sistem PA
- DJ / MC
Bulan Madu:
- Percutian
Jumlah perbelanjaan = RM ????
Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:
Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:
- Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500 Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
- Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500 Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
- Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500 Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
No comments:
Post a Comment