the fantasy of dreamland..journey..real life..

Sunday, 23 September 2012

GANGNAM STYLE

Aku bukan la peminat dunia K-POP ni..
Setakat kenal rupa artis korea ni boleh la sbb depa semua orang kulit putih mata sepet pakai lens untuk mata besar..

Tapi sorry setekat kenal rupa aje..kenal nama memang aku out la.. Bahasa plak? Mungkin aku kenal kot tapi kekadang bahasa jepun n korea aku rasa sama aje.. Keliru..

Ok ok intro dah habis..

Mesti korang taw kan lagu GANGNAM STYLE yang dikatakan lagu paling HOT dunia..

-.- sorry aku sangat ketinggalan..aku baru taw tadi.. Hahahahaha

Apa yea nama penyanyi GANGNAM STYLE tu??
Psy kot nama dia..

* erkkkk sorry kepada peminat penyanyi lagu GANGNAM STYLE..aku memang x tahu..

Oleh itu...sebab nak tahu punya pasal
Aku pun cari la dlm internet clip video lagu ni..

Well pendapat aku.. Aku rasa penyanyi 2 seorang yang kreatif sbb dia berjaya perkenalkan 1 lagi corak tarian dalam dunia seni tarian.. Sekurang kurangnya seni tarian x da la membosankan.. Asyik2 gaya tarian yang sama.. X berkembang.. Tahniah sebab berjaya mereka corak baru dlm seni tarian..

Mungkin aktivis keagamaan yang terbaca blog aku ni x sokong dengan pendapat aku yang naif ni..

Tapi masing masing ada pendapat masing2 kenapa mereka sokong dan kenapa mereka bangkang

Dah dah.. Bye bye

"OPPA GANGNAM STYLE"



copyright by the owner of this blog : hati iza

Allah knows

Hari nie aku nak cerita pasal cerita malam semalam.. *sebenarnya nak post semalam tp semalam aku sibuk

Well malam semalam.. Dari jauh aku ternampak la kelibat sorang mamat ni.. Fyi mamat ni actually ex boyfriend aku yang keeeee berapa entah.. Lupa..

Its ok la..yang ke berapa pn aku x kesah la.. Bkn itu pokok pangkal cerita aku nie..

Aku nampak kelibat mamat tu pn x lama.. Kejap aje sbb waktu tu pon aku tengah rushing nk selesaikan kerja aku..

Cuma di ketika nie.. Bila aku fikirkan balik.. Ye aku sungguh bersyukur dengan kehendak takdir yang telah mengaturkan setiap pekara yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Apa yang aku cuba sampaikan di sini... Ye la setiap perpisahan pasti ada hikmahnya.. Mcm sekarang.. Bila aku fikir fikir balik.. Tuhan dah tentukan siapa lelaki yang terbaik untuk aku.. Mungkin mamat tu bukan yang terbaik untuk aku.. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk mamat tu..

Jadi semua tu ketentuan qada n qadar..

Motif aku cerita nie???

Girls out there.. Kalau korang dengan pakwe korang putus hubungan.. Tolong jangan menangis sampai bengkak mata2 tu.. Tolong jangan salahkan sesiapa.. Tolong jangan meratapi perpisahan ni.. Tolong jangan meroyan.. Sebab percaya allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

Aku berani cakap sbb aku dah pernah lalui.. Siapa sangka lelaki yang aku x pernah suka tu la yang kini akan bergelar yang halal untuk aku

...Tips dari aku kalau putus cinta...
- ambik wuduk..buat ibadat (solat..zikir..baca quran..)

Sbb dalam solat itu kita akan jumpa cahaya ketenangan.. So x ada la nak meroyan mcm orang gila

- tidur..sbb lepas bangun dari tidur fikirkan aku akan rasa segar

- buat sesuatu yang buat kita leka..

Kalau aku.. Aku akan memilih untuk keluar pergi menghirup udara segar di tepi pantai..waktu ni la aku bran wash diri aku sendiri..

- luahkan dekat rakan..

Aku suka luah kn dekat kawan2 lelaki aku.. Sbb depa akan nasihat sambil buat aku ketawa mcm hantu..so x sempat la nak nangis..



copyright by the owner of this blog : hati iza